10 Februari 2010

CARA TOP-UP e-wallet DAN DAFTARKAN AHLI

salam ukhuwah buat semua pengunjung hari ini..semoga hari ini kita berada di bawah lindungan dan RahmatNya sentiasa...
mohon jutaan kemaafan kerana agak lama menyepikan diri tanpa sebarang info untuk dikongsi..dan alhamdulillah hari ini, kami berkesempatan untuk berkongsi satu lagi ilmu yang mungkin berguna buat saya dan juga anda semua iaitu cara-cara untk top-up e-wallet dan cara-cara untuk mendaftarkan ahli dan rakan niaga..


jom sama2 pelajari dan praktikkannya...http://forum.stormreaders.com/index.php/topic,5.0.html


info ini saya dapatkan dari forum dalam laman stormreaders.com...jom sama2 kita meriahkan ruangan forum kita dan sama mendapatkan info yang mungkin sangat kita perlukan..juga kita boleh bertanya sebarang masalah yang bersarang di minda kita...mudah2an, ukhuwah juga akan terbina atas redhaNya...


jom..tambah ilmu, jana pendapatan bersama...



30 Januari 2010

kit ahli

salam ukhuwah buat semua...
ini ada sedikit pemberitahuan buat semua yang memohon untuk menjadi ahli (Rm90)..apabila anda telah menbayar dan didaftarkan oleh upline anda, anda akan mendapat 3 perkara :


  • kad Keahlian = RM30 (tahunan)
    • Insuran Takaful RM20,000
    • Khairat Kematian RM3,000
  • Sistem e-Net & Laman web e-store peribadi = RM30 (tahunan)
  • Kit Permulaan Perniagaan = RM30

untuk kit permulaan perniagaan ini, anda  kena buat tempahan sendiri di e-net anda.. Untuk mendapatkan kit ini, anda diminta membuat permohonan di dalam akaun e-net anda dengan klik pada e-Net dan klik pada New repurchase Sales,,Kemudian buat tempahan dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Penghantaran juga adalah percuma.

minta ambil perhatian buat semua yang berdaftar sebagai ahli ye...dan mohon maaf buat semua downline saya kerana sebelum ini saya tidak memberitahu anda semua..kerana saya juga baru mengetahuinya..

moga maklumat ini bermanfaat buat saya dan juga anda semua..

jom tambah ilmu, jana pendapatan bersama....


26 Januari 2010

ikon-ikon stormreaders

salam ukhuwah buat semua..semoga hari ini lebih baik dari semalam...
di sini, sya ingin menyenaraikan ikon-ikon stormreaders...mereka sangat terkenal dan mempunyai ilmu dan bakat serta pengaruh yang sangat kuat dalam masyarakat kita hari ini...





antaranya , Dr Irfan Khairi, Dato Fadzilah Kamsah, Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi...jadi dapatkan ilmu2 mereka hari ini sambil menjana pendapatan bersama mereka...


hubungi kami untuk mendaftar sebagai ahli mahupun rakan pengedar..jangan tunggu lagi kerana semakin ramai yang ingin mengambil peluang untuk menjadi yang terawal...pastikan anda yang terawal di kawasan anda...


jom tambah ilmu, jana pendapatan bersama kami...



PENGENALAN STORMREADERS






































24 Januari 2010

CARA MENYERTAI KAMI

Salam ukhuwah buat semua...
tentu ada yang tertanya2 bagaimanakah cara untuk menyertai program ini..di sini saya cuba meringkaskan dan memudahkan anda untuk sama2 menyertai program ini...cuma 3 langkah mudah sahaja..

langkah 1 : buat pembayaran RM90 (untuk menjadi ahli) atau RM400 (untuk menjadi ahli dan rakan pengedar kami) ke akaun Maybank StormReaders Network (562795500929) , dan sms kpd saya tarikh dan masa yg tercatat pd slip...

p/s: slip hendaklah disimpan untuk rujukan

langkah 2 : isi maklumat anda dalam borang sementara ini untuk saya isi dalam sistem stormreaders network / sms kan maklumat2 yang tertera di borang kpd kami...

langkah 3 : hanya untuk yang ingin menjadi rakan pengedar
 pilih buku di e-store saya sehingga berjumlah 100cp (RM310 lbh kurang) dan smskan kod buku kpd kami

juga boleh copy dan pastekan http://stormreaders.net/FATANAH untuk melihat e-store dan preview buku yang ada..

dan jika terdapat sebarang masalah dan pertanyaan, terus hubungi saya..

insyaAllah akan bersedia membantu..jika tiada aral yang melintang, anda akan didaftarkan pada hari yang sama dan berjaya menjadi ahli dan rakan pengedar pada hari yang sama insyaAllah...

jom...tambah ilmu, jana pendapatan bersama...

Stormreaders : MLM mengikut syariah


salam ukhuwah buat semua.
saya sebenarnya masih baru dalam dunia stormreaders ini dan masih mencari2 ilmu dan info berkenaan program ini..dan hari ini, alhamdulillah sya menjumpai satu info yang sangat berguna dari laman sesawang telaga biru Sdn Bhd.. saya akan copy dan pastekan di sini dgn niat untuk ingatan saya sendiri dan juga mungkin blh memberi manfaat pada anda semua insyaAllah...jom kita hayati dan fahami bersama..
  1. Stormreaders adalah anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd bertujuan untuk menggalakkan kaum bumiputera khususnya umat Islam untuk menjadi usahawan yang berjaya. (insyaAllah kita sama2 mendapat manfaat dan berjaya menjadi usahawan yang bertakwa..)
  2. Ia mengendalikan (program 1) Affiliate Program -program jualan & pengedaran produk Telaga Biru menerusi sistem online oleh ahli Stormreaders dan(program 2) Distributor Partner - program MLM yang dikenali sebagai Stormreaders Network .( saya telahpun menyertai kedua2 nya sekali alhamdulillah..jadi pada sesiapa yang mahu mendapat tajaan dari saya, sangat2 dialu2kan..insyaAllah saya akan bantu setakat yang saya mampu..kita sama2 bina kejayaan dan ketakwaan bersama...)
  3. Sesiapa sahaja boleh menyertai kedua-dua program tersebut. ( ya..xkira umur berapa, kerja apa dan dimana jua..anda bleh menyertainya..hanya dengan niat yang betul dan usaha serta doa yang berterusan..Allah pasti membantu...amiin..)
  4. Program-program ini adalah 100% mengikut hukum syariah yang diselia khusus oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (http://zaharuddin.net/) -beliau tidak perlu diperkenalkan kerana beliau sangat sinonim dengan isu2 konomi Islam dan salah satu sbb utama saya tertarik untuk menyertai program ini juga adalah kerana beliau...
  5. Mereka yang ingin menyertai program ini akan diberikan penerangan serta kursus yang diadakan setiap hari di pejabat Stormreaders di Saujana Damansara, Selangor. Penerangan oleh staf Stomreaders tersebut adalah percuma. (yang ini sya belum lg berkesempatan megunjinginya krna lokasi agk jauh dari tempat saya...bila agknya akan diadakan di tempat saya yer...:)
  6. Produk yang digunakan dalam produk ini adalah buku, sesuatu yang belum pernah dicuba oleh mana-mana program MLM sebelum ini. Buat masa sekarang, semua buku terlibat adalah terbitan Telaga Biru. ( dan satu lagi, harga yang ditawarkan oleh program ini juga adalah mengikut harga pasaran..jika kita menyertainya hanya untuk diri sendri pun kita sudah dapat keuntungannya..)
  7. Pendaftaran untuk menjadi ahli biasa - [program (1)] ialah RM90 sahaja manakala pendaftaran untuk untuk menjadi pengedar [program (2)] bernilai RM390 sahaja (sangat berbaloi untuk kita melabur kerana modalnya sangat minima..dan produk yang kita dapat juga tidak ada tarikh lupu..insyaAllah berguna sepanjang hayat)
  8. Maklumat lanjut boleh didapati di sini:http://www.stormreaders.com/homepage/ atau boleh call terus di nombor 03-61418684. (ini no pejabat stormreaders..dan anda juga boleh menghubungi saya serta rangkaian2 saya untuk dapatkan perkhidmatan penjelasan yang mungkin anda kurang jelas..insyaAllah kami akan cuba membantu..)

kita hanya berusaha...Allah jua yang menentukan..jom tambah ilmu,jana pendapatan bersama...

video stormreaders network...


salam ukhuwah dan salam stormreaders dari kami buat semua pengunjung laman ini..kali ini mari kita saksikan dan hayati bersama penerangan dan keterangan tentang stormreaders network oleh panel syariah nya ust zaharuddin @ UZAR.juga blh didapati dengan mudah di you tube . line mungkin bz sekarang jd insya Allah sya akan masukkan kemudian..buat masa skrg sy link kan dahulu yer..

semoga kita sama2 beroleh berkat dan manfaat darinya..
tambah ilmu, jana pendapatan bersama insyaAllah...


22 Januari 2010

Penilaian Syariah

Penilaian Hukum Syariah Bagi Pelan Pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd

1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan?

Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada "subject matter" dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd.

2. Menjadi Ahli

Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:

* Kit Permulaan Perniagaan = RM30
* Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
o Insuran Takaful RM20,000
o Khairat Kematian RM3,000
* Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)



Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:

1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.

2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).

3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.



Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.

Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan "Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.

Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:

2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi

Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.


2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi.

Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.

3. Menjadi Pengedar

Ahli boleh maju kepada peringkat ‘Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300).

Syariah: Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang dari pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh aqad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat aqad jual beli (Muqtada al-Aqd)

3.1. 5% Komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (direct sponsor)

Syariah: Didasari oleh aqad Hibah dari satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syariah.

3.2. 10% Bonus ‘overriding’ e-Store tajaan peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan).

Syariah: Aqad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal.

Janji Hibahnya berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10 % dari harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Aqad ini juga boleh ditakyif sebagai jualah iaitu :-

Syarikat menawarkan 10% dari nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Aqad seperti ini juga harus di sisi Islam.

3.3. 5% Bonus ‘overriding’ jualan kumpulan rangkaian sehingga jumlah maksima RM4500 seminggu atau 25% daripada jumlah jualan harian kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan).

Syariah: 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas aqad Jualah.

3.4. 3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV - Perkongsian daripada 3% jumlah jualan rangkaian global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian.

Syariah: 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia di dasari oleh Hibah

4. Menjadi Pemimpin

Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20 mata (RM60) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian.

Syariah: Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh aqad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan unutk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini, komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhan Ju’alah.

Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut:

4.1. 5% Bonus kesetiaan kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat.

Syariah: Ia terbina dari aqad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu.

4.2. 5% Bonus kesetiaan kumpulan global (GNMSV) - Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).

Syariah: Ia terbina dari aqad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah syariah dalam perkara ini.

4.3. Tabung Umrah & Pelancongan (Simpanan dari Perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).

Syariah: Ia juga adalah dari jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.



Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan bisnes ini menepati hukum Islam.

Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komentar membina dari pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas dari semakan dan pemerhatian kami.

Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas plan atau salahlaku mana-mana individu dari syarikat atau ahli dalam menjalan aplikasi plan dan bisnes ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami.

Wallahu’alam. Sekian.



Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
Penasihat Syariah
Stormreaders Network Sdn Bhd
13 Ramadhan 1430H

Sumber: http://www.stormreaders.com/home/index.php?option=com_content&view=article&id=167&Itemid=173

Pelan Pemasaran

Pengenalan

Stormreaders Network Sdn Bhd memasarkan produk-produknya yang berbentuk bahan-bahan ilmu yang bermanfaat melalui Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM Affiliate Program). Program ini secara tidak langsung akan menggalakkan pertumbuhan usahawan melalui perniagaan secara online dan rangkaian.

Keahlian

1. Keahlian boleh diperolehi melalui pendaftaran dengan yuran keahlian sebanyak RM90 sahaja. Dengan keahlian ini ahli akan memiliki:

* Kad Keahlian = RM30 (tahunan)
o Insuran Takaful RM20,000
o Khairat Kematian RM3,000
* Sistem e-Net & Laman web e-store peribadi = RM30 (tahunan)
* Kit Permulaan Perniagaan = RM30

2. Setiap ahli yang telah mendapatkan keahlian akan memiliki sebuah laman web e-Store yang lengkap dengan produk-produk dan sedia untuk menerima tempahan secara online. Ahli perlu membuat promosi untuk peniagaan ‘online’ miliknya dan seterusnya menjana pendapatan melalui komisyen dan bonus jualan e-Store.

3. Ahli mempunyai pilihan untuk bergiat dan menyertai rangkaian pengedar sebagai ‘Rakan Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi produk dan mengumpul nilai mata sehingga 100CP (RM300) dan seterusnya melayakkan diri untuk membina rangkaiannya sendiri.

4. Ahli akan maju ketahap ‘Pengedar’ dengan membuat penajaan ‘Ahli’ dan ‘Rakan Pengedar Baru’ dan seterusnya menjana pendapatan tambahan melalui komisyen dan bonus rangkaian.

5. Ahli perlu mencapai jualan bulanan minima bernilai 20CP (RM60) untuk terus kekal aktif di dalam rangkaian.

Jenis Pendapatan

Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang telah disediakan oleh Stormreaders Network kepada ahli-ahli:

1) Komisyen harian jualan e-Store peribadi,

2) Bonus harian jualan e-Store rangkaian tajaan ahli,

3) Bonus e-Store Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan eStore Global.

4) Komisyen harian Jualan Peribadi,

5) Bonus mingguan Jualan Kumpulan

6) Bonus bulanan Jualan Rangkaian Global, iaitu perkongsian bahagian daripada jumlah jualan bulanan Rangkaian Global.

7) Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan

8) Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan Global

9) Tabung Umrah dan pelancongan.

APA ITU STORMREADERS??

pernahkah anda mendengar StormReaders Network???
bagi yang belum pernah mendengar dan mengetahuinya, mari kita sama2 memahaminya...saya juga baru memahami pelan dan konsepnya tapi masih lagi yang saya perlu belajar...

Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.

jadi, StormReaders Network ini ialah sebuah syarikat MLM yang 100% syariah complient dan telahpun menjalankan kajian yg mendalam selama lebih dari dua tahun termasuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan serta mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan golongan yang ahli dalam bidang mu’amalah syar’iyyah semasa dan ahli undang-undang serta ekonomi serta mereka yang berpengalaman mengendalikan perniagaan MLM. Berikut adalah sedikit pengenalan StormReaders melalui video yang memaparkan ikon-ikon yang tidak asing lagi…




plan pemasaran ini sangat bagus dan unik..kerana bagi saya sebelum ini kita sudah pun membeli buku dan bahan2 ilmiah tapi kita tidak berpeluang untuk mendapat sebarang diskaun atau penjimatan..tapi dengan wujudnya pelan pemasaran ini, kita mampu mendapat ilmu yang bermanfaat dan dalam masa yang sama mampu menjana pendapatan yang halal..alhamdulillah dan sekalung tahniah buat semua warga kerja Telaga Biru Sdn Bhd...

jadi, bagi anda yang berminat apa tunggu lagi..rebutlah peluang keemasan ini kerana masih ramai di luar sana yang belum mengetahuinya..jadilah orang yang pertama dan orang yang akan mengajak orang lain menambah ilmu sambil menambah pendapatan..

hanya hubungi kami dengan sms nama dan alamat anda ke 013-6075518, dan insyaAllah kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk penerangan yang lebih terperinci ..selamat berjaya!!

ahlan wasahlan

ahlan wasahlan buat semua pengunjung blog ini..alhamdulillah dengan berkat dan izinNya, lahirlah blog stormreadersgroup.blogspot.com ini..semoga kita sama2 boleh beroleh manfaat dan berkongsi kebaikan darinya insyaAllah..